Tuesday, November 10, 2020

Kemahiran Belajar GKB 1053 (Tugasan 2)


PENGENALAN

APA ITU KEMAHIRAN BELAJAR?

Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang dapat melipat gandakan keberkesanan pelajar. Manakala menurut Modul OUM HBML 2203 (2009), kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.


1.0 Pengurusan Pembelajaran

-satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah


1.1 Penetapan MatLamat Diri dan Akademik

Untuk menjelaskan dengan lebih jelas boleh menggunakan perkataan “SMART”

 

S - Specific (Terperinci)

M - Measurable (Boleh diukur)

A - Attainable (Boleh dicapai)

R - Realistic (Munasabah)

T - Timely (Mempunyai had masa tertentu)

 

Sebagai contoh, pelajar ingin lulus dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam major iaitu bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan cara belajar melalui “SMART”.

 



 

Dengan mempunyai matlamat yang terperinci, individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan mengetahui lebih mendalam tentang definisi, konsep, dan fungsi bimbingan supaya dapat menjawap semua soalan tentang bimbingan. Pelajar perlu menetapkan matlamat yang kabarangkalian besar dapat diukur dan dicapai dengan mengambil langkah yang sesuai untuk memenuhi kualiti diri sendiri. Jika tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan kemungkinan kerana matlamat tersebut munasabah. Matlamat tersebut juga perlu mempunyai tarikh akhir supaya dapat tolak sendiri untuk mencapainya. Misalnya, pelajar perlu tetapkan menyiapkan ulang kaji satu bab dalam sebulan dan mencapai keputusan yang baik dalam kuiz yang akan datang.

 

 

1.2 Pengurusan Masa

  

Individu perlu mempunyai pengetahuan cara menggunakan masa dengan betul.

 

1. Mengutamakan matlamat asal

   - menyelesaikan tugas asal yang sedang lakukan sebelum melakukan sesuatu tugas lain

   - memastikan tugas yang sedang dibuat disiapkan dengan berkualiti

 

2. Menetapkan matlamat dan strategi

   - dapat mengetahui tujuan mencapai matlamat

   - memudahkan membuat keputusan tentang perkara penting yang perlu diselesaikan

 

3. Sediakan jadual waktu

   - mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran seperti tugasan atau

assignment yang perlu disiapkandan kerja-kerja lain yang perlu dilakukan.

   - meluangkan masa yang lebih banyak mengulangkaji bahawa mata pelajaran yang lemah

   - memastikan masa untuk major iaitu bimbingan dan kaunseling cukup dan dapat memahami nota-nota yang dibuat dengan jelas dan ringkas

 

Kepentingan menyediakan jadual waktu :

- menilai kembali perkara yang telah dilakukan

- menilai sama ada aktiviti yang dilakukan itu memberi faedah atau tidak

- menguruskan masa yang dimiliki dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum

- menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari

- mendisplinkan diri dalam menepati masa supaya mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna

- mempelbagaikan aktiviti yang perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan menjadi seorang yang serba boleh

 

 

1.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri

-membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih berjaya

-setiap pelajar belajar dengan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kesemua perbezaan dapat dilihat dengan beberapa gaya pembelajaran seperti model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, Honey dan Mumford serta Kolb.

 

A.      Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn:

1. Persekitaran - Cahaya, Bunyi, Suhu, dan reka bentuk

2. Emosi - motivasi, tanggungjawab, berstruktur dan kecekalan

3. Sosiologi - diri sendiri, berpasangan, kumpulan, gabungan pelbagai cara

4. Psikologi - global atau analitik, impulsif atau reflektif, dominan otak kiri dan kanan

5. Fizikal - makanan dan minuman, waktu dan tempoh belajar, pergerakan dan mobiliti



 

B.      Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford

1.  Aktivis - sikap tidak sabar,perasaan ingin tahu yang tinggi,bergerak pantas dan cepat membalas,gemar pengalaman baru,penuh semngat dan fleksibel,motivasi intrinsik, KBKK

2. Reflektif - KBKK,suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara,suka mencari hakikat sebenar,sikap berhati-hati,pendengar yang baik,kerja dan sistematik,tidak terburu-buru membuat keputusan

3. Teoris - memiliki fikiran rasional dan logikal,sikap berdisiplin,kurang kreatif,suka membentuk hipotesis,suka mengesan sebab dan akibat,suka mengkaji fenimena yang berlaku

4. Pragmatis - bersifat praktikal,pentingkan bukti dan hakikat,percaya perkara yang dapat dilihat,mengutamakan kegunaan dan penggunaan,lebih bersifat ekspresif daripada kreatif,suka membuat perbandingan



 

C.     Gaya Pembelajaran Kolb

1. Imaginatif dan kreatif - membuat pengamatan terhadap maklumat yang ada secara konkrit dan memproses maklumat secara reflektif

2. Teori analisis - maklumat secara abstrak dan diproses secara reflektif

3. Praktif - mengetahui kaedah atau cara-cara sesuatu benda berfungsi dan lebih suka membuat atau mencuba sendiri

 

 

1.4 STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN

Ingatan - kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang belaku selepas beberapa lama

Ingatan penting kepada pelajar bajor bimbingan dan kaunseling supaya mengingatkan teknik-teknik membimbing klien dan membantu menyelesaikan masalah klien dengan pengalaman sendiri

 

Teknik Mengingat

Ø  Mnemonik- mnemotik kata gantian,anekdot,lokasi,rantaian

Ø  Lokus- bermakna tempat, mengaitkan bahan ingatan dengan sesuatu tempat yang dikenal

Ø  Chunking- mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu

 



 

1.5 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR

Penyusunan jadual belajar dapat membantu pelajar bimbingan dan kaunseling mencapai tujuan mereka belajar.Oleh itu, pelajar mestilah :

1.      Menentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual

2.      Memastikan waktu mengulangkaji lebih daripada 3 jam dan lebih sehari dan meningkatkan sehingga 5-7 semasa hampir peperiksaan

3.      Mengutamakan aktiviti yang akan berlaku pada pagi, petang dan semasa malam sebagai seorang pelajar.

4.      Menyenaraikan mata pelajaran yang perlu diulang kaji dan disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian

5.      Meluangkan masa untuk rehat

6.      Merancang jadual waktu mengikut semester dan teruskan belajar walaupun cuti

 

Pelajar bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan jadual waktu seperti Isnin petang belajar mata plajaran Kesantunan Belajar dan malam teruskan dengan mata pelajaran bimbingan dan kaunseling.

 


Rujukan

K. (2013). E-SOLMS: KAJIAN TENTANG TAHAP PEMBELAJARAN TERARAH MELALUI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN BERORIENTASIKAN PELAJAR. Retrieved from http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf

R. (2013). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf


by Hii Ik Rou





 

No comments:

Post a Comment