2.0 Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat
-Pencarian Sumber Maklumat
-Pengurusan Maklumat
-Pencarian di Perpustakaan
-Pelayaran Internet
-Sumber Primer dan Sumber Sekunder
2.1 Pencarian Sumber Maklumat
Definisi: Proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian sesuatu masalah.
Sumber maklumat boleh diperolehi daripada:
i. Sumber manusia
ü Ahli politik, guru, orang yang terlibat, pakar bidang dan lain-lain
ü Kebanyakan maklumat diperolehi melalui soal-selidik atau temu bual ke atas individu berkenaan
ii. Media elektronik
ü Audio visual: radio, televisyen, video komputer
iii. Media bercetak
ü Bahan bertulis: buku, majalah, surat khabar dan lain-lain
iv. Media tiga dimensi
ü Model, diorama, akuarium dan sebagainya
ü Kebanyakan diperolehi di dalam muzium
v. Sumber persekitaran
Ø Maklumat diperolehi melalui persekitaran: bunyi, cahaya, bau, warna dan pergerakan.
Contoh maklumat dalam
kursus Bimbingan dan Kaunseling (BNK) daripada sumber manusia:
i.
Menurut
Jones, bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh
seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk membantu seseorang membuat
keputusan kea rah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia
dapat mencapai matlamatnya itu dengan cara yang paling baik dan sesuai.
ii. Menurut Blocher (1974), Corey (1977) dan James (1982), mereka menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu proses di mana seorang klien diberi peluang dan dibantu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya atau menerokai aspek diri untuk mencapai kehendaknya.
Contoh video
daripada media elektronik, iaitu YouTube yang berkaitan dengan BNK:
Cotoh bahan
bercetak berkaitan kursus BNK:
2.2
Pengurusan Maklumat
Definisi: Keupayaan
untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dan mangambil keputusan.
- Terdapat tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan, iaitu:
i.
Akses:
kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.
ii.
Penilaian:
pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
iii.
Penggunaan:
pengguna mampu mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif.
- Kemahiran belajar akan lebih sistematik dan berkesan jika adanya pengurusan maklumat yang mudah. Terdapat dua jenis maklumat, iaitu:
i.
Hard
copy
Ø
Pengurusan
maklumat yang dilakukan dengan menggunakan fail-fail bentuk bercetak.
Ø Contoh: buku, majalah, surat khabar,
kamus, jurnal
ii.
Soft
copy
Ø
Pengurusan
maklumat yang dilakukan dalam bentuk digital dan disimpan dalam fail-fail di
dalam computer.
Ø Contoh: e-book, e-newspaper, e-jurnal
- Maklumat diperolehi secara formal dan tidak formal.
i.
Formal
- Maklumat yang dihasilkan secara rasmi
- Contoh: artikel, memo, laporan, tesis
ii. Tidak
formal
- Maklumat yang dihasilkan secara tidak
rasmi
- Contoh: blog, catatan, facebook
2.3 Pencarian
di Perpustakaan
Perpustakaan adalah sebuah bangunan yang mempunyai pelbagai koleksi sumber maklumat. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan dalam menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan lebih cepat.
Contohnya, kita boleh mencari bahan buku yang berkaitan
dengan kursus BNK di perpustakaan sekolah untuk membuat ulang kaji dengan
merujuk pelbagai sumber bacaan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan idea.
2.4 Pelayaran
Internet
v Internet ialah singkatan bagi International network. Internet merupakan sebuah jaringan informasi global.
v Enjin pencari adalah laman web yang berfungsi sebagai enjin carian, enjin carian ini akan memaparkan maklumat atas permintaan dari kandungan pengguna carian, kandungan yang dipaparkan adalah kandungan yang telah disimpan dalam pelayan pangkalan data enjin carian sendiri. Antara contoh enjin pencarian yang boleh digunakan berkaitan dengan kursus BNK ialah:
-
Google
(https://sites.google.com/site/crsolahudin/peranan-kaunselor)
-
Facebook
(https://www.facebook.com/kaunselor.official/)
v
Terdapat
pelbagai kemudahan bagi penggunakan internet dalam kuliah BNK antaranya ialah:
2.5 Sumber
Primer dan Sumber Sekunder
Sumber
Primer
- Bahan yang belum atau dicetak iaitu
sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal.
- Bersifat asli dan belum ditafsir.
- Contoh: fosil, menuskrip yang belum
dicetak, surat rasmi kerajaan, artifak,
batu bersurat
Sumber
Sekunder
- Sumber yang memberikan akses kepada
sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks.
- Ditulis atau dirakam bertahun-tahun
setelah suatu peristiwa bersejarah terjadi.
- Contoh: buku teks, monograf, majalah,
kamus
Adnan, A. (2015). Kemahiran
Belajar. Cheras, Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.Bhd.
Saprani, A. (2017, November 14). GKB1053 - Kemahiran Belajar. Retrieved November 11, 2020, dari https://padlet.com/khahar63classroom/gkb1053
Yek, E. (n.d.). Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat. Diakses pada November 11, 2020, dari https://www.academia.edu/15325951/Kemahiran_Perolehan_dan_Pengurusan_Maklumat
















No comments:
Post a Comment