Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota

 3.0 KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA



3.1 CARA-CARA MEMBUAT NOTA

 

3.1.1  Annotation

 

Annotation merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Penjelasa tersebut berkemungkinan dalam bentuk deskriptif atau kritikal. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi :

 

·        Maklumat bibliografi yang lengkap

·        Skop dan tujuan utama kerja berkenaan

·        Mana-mana bahagian yang sangat diperlukan

·        Cadangan pembaca dan tahap kesukaran

·        Hubungan dengan tugasan yang dilaksanakan

·        Satu komen ringkas

·        Penjelasan kira-kira 100 hingga 200 patah perkataan

                  Annotation ini dapat dilakukan dengan :

·        Menggariskan fakta

·        Menandakan isi penting

·        Menggunakan tanda ? atau menggunakan highlight

·        Menggunakan tanda / dan X

·        Menggunakan pelekat

 

 

3.1.2  Outline notes

 

Outline notes boleh diambil dengan menggunakan frasa dan kata kunci. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. Contoh penggunaan outline notes :

 

1.     Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling

·        Takrifan Bimbingan dan Kaunseling

·        Teori Bimbingan dan Kaunseling

 

2.     Jenis-jenis bimbingan

·        Bimbingan individu

·        Bimbingan kelompok kecil

·        Bimbingan kelompok besar

·        Bimbingan kelompok kelas

 

3.     Tugas-tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

·        Membantu klien dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

·        Memberi semangat serta motivasi kepada klien dari sudut kerohanian.

 

3.1.3  Column notes

 

Column notes merupakan cara mengambil nota berformatkan dalam bentuk lajur. Sebagai contoh :


3.1.4  Nota Rumusan

 

Nota rumusan ini mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan dan lebih focus kepada isi-isi penting. Nota rumusan ini dapat dibaca dan diringkaskan menggunakan ayat sendiri. Contoh :

 

Rumusan tentang Bimbingan Dan Kaunseling


      Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

 

Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan klien.

 

Kaunselor juga harus berpandangan terbuka terhadap klien dan mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau memandang serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.

 

 

3.2 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

Alat-alat berfikir ini dapat membantu para pelajar untuk :

1.     Menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami

2.     Lebih mudah untuk mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep.

3.     Meningkatkan kemahiran berfikir

      Antara alat berfikir yang boleh digunakan ialah :

 

3.2.1  Pengurusan Grafik

Pengurusan ini merupakan satu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Selain itu, penggunaan borang grafik ini juga dapat membantu seseorang untuk :

·        Membezakan sesuatu perkara dengan tepat

·        Menyusun idea dengan lebih mudah

·        Mengelakkan berfikir secara kabur, sempit, terburu-buru dan bercelaru

·        Menjadikan kita lebih fokus

·        Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat

·        Membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun

·        Mengelakkan maklumat yang penting daripada tercicir

·        Menerangkan proses atau aliran dengan lebih sistematik


                  Antara contoh borang pengurusan grafik ialah :

·        Membanding dan membeza



·        Membuat kategori





 

·        Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan



·        Menerangkan sebab dan akibat


·        Mengusul periksa andaian 

 

3.2.2  Peta Minda

Menurut Buzan (2003), peta minda ini digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuk dalam bidang pembelajaran dan pendidikan, iaitu sering kali diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuteraan. Peta minda ini menyerupai dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada tahun 60-an tetapi peta minda ini lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

 

Ciri-ciri peta minda :

·        Kreatif dan tidak formal (lukis, lorek, gambar yang dapat membantu)

·        Tajuk diletakkan di bahagian tengah

·        Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama.

                  Kelebihan menggunakan peta minda :

·        Membantu membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

·        Dapat dibaca dengan mudah

·        Mudah memahami sesuatu konsep

·        Mudah diingati oleh pembuat peta minda

                  Contoh peta minda :

·        Peta minda jenis pokok

·        Peta minda jenis tulang ikan



·        Peta minda jenis alir



                          ·        Peta minda jenis cabang

                          ·        Peta minda jenis kitaran

 

3.2.3  Pemetaan I-THINK

 

Pemetaan I-THINK adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar kerana pemetaan I-THINK ini dapat merangsang daya berfikir seseorang. Kelebihan menggunakan pemetaan I-THINK :

 

·        Meneroka pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan

·        Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu

·        Proses menggunakan minda

·        Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

·        Membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Contoh-contoh pemetaan I-THINK


3.2.4  Teknik Menyoal Aras Tinggi

 

Teknik dan kemahiran menyoal ini merupakan alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Apabila seseorang sudah tahu dan menguasai kemahiran belajar, maka tiada sesiapa dapat menghalangnya untuk terusa belajar. Tujuan penggunaan teknik menyoal aras tinggi ialah :

 

·        Menjana pembelajaran kendiri

·        Mengenal pasti perkara yang diketahui pelajar

·        Menggalakkan perbincangan

·        Melibatkan pelajar dalam pembelajaran

·        Menggalakkan pemikiran

·        Memotivasikan pelajar

·        Mengenal pasti kelemahan

·        Menimbulkan minat

·        Fokus kepada sesuatu perkara yang dipelajari

                 Terdapat 3 teknik menyoal aras tinggi iaitu :

·        Kaedah sokratik

·        Soalan bertumpu dan bercapah


Soalan bertumpu

Soalan bercapah

Aras rendah

Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad

Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup

Berbentuk terbuka

 

Sesuai menguji daya ingatan

Sesuai menguji penaakulan dan pentafsiran

Lebih bersifat objektif

Lebih bersifat subjektif



·        Lingkaran soalan

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W.Wilen pada tahun 1994. Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada 3 skop khusus, iaitu perkara (p), individu (I) dan luar individu (LI). Kombinasi tiga skop ini akan menjana lebih soalan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir.


3.2.5  Alat-alat CoRT 1


1.  KOMPONEN CoRT 1: PMI-Plus, Minus, Interesting

Tujuan : Melatih untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi, mengelakkan daripada beremosi dengan tujuan untuk mengembangkan idea.

2. KOMPONEN CoRT 1: CAF-Consider All Factors

Tujuan: Melatih pelajar untuk berfikir dan meneliti semua aspek secara menyeluruh. Mengelakkan pelajar daripada terlupa faktor penting bagi tajuk perbincangan.

3. KOMPONEN CoRT 1: C&S- Consequence and Sequel ( Kesan&Akibat daripada Kesan )

Tujuan: Melatih pelajar berfikir dan menjangkakan/meramal perkara dan akibat yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.

4. KOMPONEN CoRT 1: AGO (Aims,Goals, Objectives.)

Tujuan: Melatih pelajar berfikir untuk sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. Perkara ini dapat membantu pelajar menghindari daripada melakukan sesuatu yang tidak berkaitan.

5. KOMPONEN CoRT 1: FIP-First Important Priority

Tujuan: Melatih pelajar agar dapat berfikir dengan melakukan perkara-perkara mengikut kepentingan atau keutamaan. Elakkan perkara tidak berkenaan.

6. KOMPONEN CoRT 1: APC- Alternatives, Possibilities, Choices

Tujuan: Melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara dengan serentak kemudian pelajar diminta menentukan pilihan yang terbaik. Ini juga mampu mengelakkan pelajar daripada mempunyai pemikiran sehala sahaja.

 

3.2.6  Alat-alat berfikir CoRT IV

 

ALAT-ALAT CORT IV (PEMIKIRAN KREATIF)

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

 

Komponen CORT IV:

1. Ya , Tidak , Po

2. Batu Loncatan (Stepping Stone )

3. Input Rawak ( Random Input )

4. Cabaran Konsep

5. Idea Dominan

6. Takrifkan Masalah

7. Singkirkan Kecacatan

8. Kombinasi

9. Keperluan

10. Penilaian

 

 

·        YA ,TIDAK , PO (YES, NO & PO)

PO ( Supposition/Andaian) (Hypothesis/Idea belum dibuktikan-diguna  untuk merangsang fikiran)

Kalau sesuatu benar atau betul, kata “Ya”

Kalau sesuatu salah atau palsu, kata “Tidak”

Kalau anda menganggap sesuatu sebagai idea, khayalan atau cadangan kreatif, kata “PO”

 

·        BATU LONCATAN (STEPPING STONE)

Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan unutk mendapat idea (kreatif) yang baru.

*PO : kedua-dua pelajar mesti memenangi acara baling gasing.

Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.

 

·        INPUT LAWAK (RANDOM INPUT)

Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.

“Buku PO durian”

Buku dicipta supaya mempunyai pangsa seperti durian. Setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam Pangsa selepas membaca.

 

·        CABARAN CONCEPT (CONCEPT CHALLENGE)

Memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif?

Konsep: “Teksi berjalan mengikut bilangan pemandu yang ditetapkan”

Alternatif: Teksi menunggu penumpang cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.

 

·        IDEA DOMINAN (dominant idea)

Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru

Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali

Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam kursus tersebut.

 

·        TAKRIFKAN MASALAH (DEFINE THE PROBLEM)

Takrifkan masalah dengan tepat

Masalah ‘Hidup di asrama banyak gangguan emosi’

Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi

 

·        SINGKIRKAN KECACATAN (REMOVE FAULTS)

Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.

Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk mengajar di dalam kelas

Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.

 

·        KOMBINASI (COMBINATION) 

Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah

Gabungan idea kuih dan sambal daging : kuih cara berlauk

 

·        KEPERLUAN (REQUIREMENTS)

Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan.

Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.

 

·        PENILAIAN (evolution

Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya

Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.

Keperluan: zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.

 

 

Rujukan

Adnan, A. (2015). Kemahiran Belajar. Cheras, Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.Bhd.

Borang Pengurusan Grafik. (n.d.). Retrieved from PDF Slide: https://pdfslide.tips/documents/borang-pengurusan-grafikpdf.html

Kemahiran Belajar. (2020, November). Retrieved from Blogspot: https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/

Rahman, N. A. (2017). Alat Berfikir. Retrieved from Blogspot: http://nurulainrahman21.blogspot.com/2017/09/jenis-peta-minda.html

 

by Fatin




No comments:

Post a Comment